Ahad, 26 Julai 2009

Jubah halimunan seperti jubah Harry Potter


Baju halimunan
Teknologi ini berasal dari tahun 2003, tetapi pemajunya berkata jubah halimunan seperti Harry Potter hanyalah satu permulaan.

Pasukan, yang diketuai oleh Dr. Susumu Tachi, dari Keio University, kini menyesuaikan penemuan mereka untuk membantu para juruterbang, pemandu, doktor dan lain-lain.

Teknologi projeksi retro-reflektif menggunakan komputer, kamera video dan projektor menyinarkan imej latar belakang ke depan subjek yang memakai pakaian khusus, mencipta ilusi halimunan.

Apa yang membuat teknologi ini unik adalah fabrik yang diperbuat daripada manik-manik kaca hanya 50 mikron lebar, yang boleh memantulkan cahaya kembali secara langsung di peringkat sumber, seperti skrin di pawagam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.