Berita Terkini

Kisah Abu Musa suruh Jin pergi siasat keadaan Umar Al-Khattab



Ditakhrijkan oleh Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Asakir, dari Salim bin Abdullah berkata, "Abu Musa Al-Asy'ari merasa sudah terlalu lama tidak mendengar khabar dari Umar r.a, Maka dia pergi menemui seorang wanita yang di dalam perutnya ada syaitan, lalu dia bertanya pada wanita itu tentang Umar.

Dia (jin) berkata, "Aku tadi meninggalkannya dalam keadaan mengenakan jubah untuk mengumpulkan unta sedekah. Tak seorang syaitan pun yang mendengar suaranya melainkan akan menunduk kepadanya. Kekuasaan ada di depannya dan Roh Qudus berbicara pada lisannya."

Abdullah bin Ahmad bin Hanbal mentakhrij di dalam kitab Fadhaa-il As-Shahaabah, dari Salim bin Abdullah  berkata, "Abu Musa yang menjadi Gabenor Mesir merasa sudah terlalu lama tidak mendengar khabar tentang Umar bin Al-Khattab. Maka dia mengutus seseorang untuk menemui seorang wanita yang di sisinya ada syaitan yang dapat diajak berbicara, untuk bertanya kepadanya tentang keadaan Umar.

Utusan itu berkata, "Suruh lah kawan mu untuk pergi dan khabarkan kepadaku bagaimana keadaan Amiirul Mu'minin."

Wanita itu berkata, "Dia berada di Yaman dan tak lama lagi akan kembali." Tak berapa lama ditunggu, jin itu pun hadir. Mereka berkata, "Pergi dan nanti beritahu tentang keadaan Amiirul Mu'minin kepada kami, kerana sudah cukup lama kami tidak mendengar khabar darinya."

Jin itu berkata, "Kami tidak dapat mendekati orang itu, kerana di antara kedua matanya ada Roh Qudus. Allah tidak mencipta seorang syaitan pun yang mendengar suaranya melainkan dia menundukkan mukanya."

[ Luqatul Marjaan fii Ahkaamil Jaan, m/s 140 - Imam As-Suyuthi ]



Kisah Abu Musa suruh Jin pergi siasat Umar Al-Khattab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.