Berita Terkini

Adakah hanya Ustaz yang boleh bercakap tentang Jin?

Sedikit pemberitahuan ringkas di sini, untuk membuka minda sesetengah masyarakat kita yang masih sempit berfikir. Masih ada yang menganggap bahawa kalau bercakap bab JIN, hanya Ustaz dan Guru Agama yang LAYAK bercakap.

Alasannya kenapa?  Kerana Jin disebut dalam Al-Quran. Nah, hanya kerana perkataan jin disebut dalam AlQuran, maka hanya Ustaz / Pak Ustad yang boleh bercakap mengenainya? Cuba tanya ustaz tu, ada kah dia belajar banyak tentang jin di pondok / universiti / pesantren / sekolah agama dulu?

Kalau lah hanya kerana perkataan jin ada dalam AlQuran maka hanya ustaz yang layak bercakap mengenainya, nah perkataan LEMBU pun ada dalam AlQuran, MANUSIA, beberapa nama buah-buahan, kertas, besi, bulan, matahari, isy macam-macam lagi lah.  Maka semua tu orang lain tak boleh nak pandai-pandai bercakap mengenainya lah ya?  Hanya ustaz yang boleh?  Petani, ahli sains, doktor, pakar makanan dan sebagainya semua mesti tutup mulut dan dengar ustaz sahaja bercakap?

Benda-benda itu disebut selain daripada kerana ada kejadian-kejadian penting yang Allah nak beritahu sebagai PENGAJARAN, itu menunjukkan benda-benda tersebut WUJUD dan JANGAN SALAH GUNA. Itu yang penting. Bukannya bila AlQuran sebut tentang Jin maka dah tak boleh nak MENGKAJI tentang Jin, Maka AlQuran sebut tentang LEMBU, maka dah tak boleh nak KAJI tentang lembu lah ya?  Gitu?

Ada pula yang mention, tak boleh kerana Jin itu termasuk perkara GHAIB yang AlQuran sebut. Sebenarnya Jin tak termasuk dalam perkara GHAIB seperti beberapa ayat dalam AlQuran sebut pun, saya dah pernah tulis pasal ini. Jin hanya ghaib dari segi BAHASA saja. Kerana Jin sendiri TAK TAHU perkara ghaib. AlQuran sebut perkara ghaib itu hanya Allah S.w.t yang tahu. Maka ada haiwan yang boleh nampak Jin, seperti yang Nabi Muhammad s.a.w beritahu, maka haiwan itu tahu perkara GHAIB kah?  Begitu juga Jin dapat melihat jin-jin yang lain. Maka adakah jin tahu perkara ghaib?  Tafakkaruu ya ayyuhal ikhwah.

Kaji lah dan ketahuilah, dunia Allah cipta ini luas dan Allah berikan pelbagai kelebihan kepada makhluk-makhlukNya termasuk manusia. Manusia ada kelebihan masing-masing yang dikurniakan oleh Allah S.w.t.  Kalau kita tidak EGO dengan TIDAK MENERIMA kelebihan yang ada pada orang lain, maka insyaAllah dunia ini akan aman dan tidak berperang sesama sendiri.

Ya, ustaz layak bercakap soal Jin, KALAU ianya melibatkan TAFSIR AlQuran. Itu pun yang layak adalah Ustaz yang ahli dalam bidang ULUM QURAN (Ilmu-Ilmu Quran) lah. Tetapi kalau perihal lain tentang jin, yang tidak ada disebut dalam AlQuran, maka itu kena tengok pengalaman masing-masing berkenaan dengan hal tersebut. Kerana ada sesetengah orang dikurniakan oleh Allah S.w.t mendapat indera yang lebih PEKA terhadap jin daripada manusia biasa yang lain. (Sila kaji tentang Pineal Gland yang ada dalam otak manusia ni)

Dalam kitab Luqtul Marjaan fii ahkaamil Jaan oleh Imam as-Suyuthi pun ada sebut, Al-Qadhy Abu Bakar berkata, "Siapa yang diberi kemampuan dapat melihat mereka (jin), tentu dapat melihatnya, sebab Allah sudah menciptakan kemampuan untuk melihat mereka. Dan siapa yang tidak diberi kemampuan ini, tidak dapat melihatnya. Yang pasti, mereka memiliki tubuh yang berubah-ubah."

Jangan hanya mudah menuduh orang lain syirik dan sewaktu dengannya kalau ada seseorang yang LEBIH TAHU tentang hal jin. Tuduhan itu hanya berasal dari perasaan DENGKI dan IRI HATI anda sahaja sebenarnya. Walhal syirik yang sebenar, ntah anda faham atau tidak maksudnya.

Tujuan saya tulis ini pun agar anda TIDAK MUDAH MENUDUH orang lain SYIRIK, kerana dibimbangi tuduhan itu akan BERBALIK kepada anda. Maka hati-hati lah, banyak-banyak membaca dan mengkaji sebelum membuat tuduhan. 


Kesimpulan

Adakah hanya Ustaz yang boleh bercakap tentang Jin? Maka ianya bergantung kepada keadaan / hal apa yang dibicarakan. Kalau ianya adalah tafsiran kepada AlQuran, ya memang ustaz lah sepatutnya bercakap. Tetapi kalau ianya hal-hal umum lain berkenaan dengan jin, maka ianya lebih elok dirujuk kepada yang lebih berpengalaman dan ahli dalam bidang tersebut.

Jin hanyalah salah satu dari makhluk ciptaan Allah yang menghuni di Bumi ini. Bezanya antara kita (manusia) dan mereka hanyalah kita diciptakan dari TANAH (berjasad keras), dan mereka diciptakan dari LIDAH API (jasadnya halus, seperti ELEKTRIK dan ASAP). 

Yang terbaik lagi ialah gabungan antara Ustaz dan Ahli Paranormal, tanpa ada rasa dengki dan busuk hati, membicarakannya secara ilmiah. Jika ada perkara yang tidak betul, buat teguran yang membina dan berhikmah. Bukan dengan mudah hanya menuduh syirik itu ini hanya kerana kita TIDAK TAHU hal tersebut dan tidak mahu orang lain LEBIH TAHU dari kita. Yang lebih parah, ada ustaz bercakap kononnya tahu tentang jin, sedangkan dia sendiri tidak tahu dan bercakap hanya di atas andaian-andaian nya sahaja tanpa ada pengalaman sendiri pun.  Apa salahnya kalau merendah diri kepada sesuatu yang kita tidak ada pengalaman sendiri tentangnya? Tidak jatuh nya maruah kalau mengaku tidak tahu, daripada berpura-pura tahu dan memandai-mandai.

Sama lah seperti jika ustaz mahu mengeluarkan hukum tentang PEMAKANAN, maka perlu berjumpa dengan pakar pemakanan juga untuk mengetahui lebih lanjut. Sama juga seperti hal-hal lain seperti dunia perubatan, bisnes, seni, dan sebagainya. Bukan kah para ustaz juga perlu MERUJUK kepada mereka. Maka sama lah dengan hal paranormal pun. Ada ahli-ahlinya yang tertentu yang berpengalaman dan ada ilmu METAFIZIK yang boleh dijelaskan secara ILMIAH. Semoga minda anda dapat terbuka.

Satu lagi, biasanya disebut hanya wali dan orang-orang alim yang dapat lihat jin. Nah, kenapa sampai begitu sekali anda TINGGIKAN MARTABAT Jin?  Lupa kah kita bahawa;

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." [Surah At Tin : ayat 5]

Kenapa sampai mengatakan hanya orang-orang wali sahaja yang dapat lihat jin? Apa istimewanya jin berbanding dengan manusia? Jin lebih tinggi darjatnya dari manusia? Jin hanya diciptakan dari bahan yang berbeza dari manusia, itu sahaja. Jasad mereka lebih halus kerana mereka diciptakan dari lidah api sedangkan manusia dari tanah.  Soal dapat lihat mereka atau tidak, memang manusia diciptakan ada KEMAMPUAN untuk melihat mereka (sila kaji ilmu METAFIZIK tentang PINEAL GLAND yang dalam otak manusia ni). Jadi, kalau ada orang yang dapat lihat jin, tidak semestinya dia itu wali atau tubuhnya dimasuki oleh jin, tetapi kerana MATA BATIN (pineal gland) nya sudah aktif atau terbuka, sama ada hasil dari belajar, dibuka oleh jin, anugerah Allah dan sebagainya. Itu sahaja.

Memang betul lah Al-Quran mengatakan bahawa manusia ini dalam bentuk yang terbaik, dan tubuh manusia ini sebenarnya ada banyak kemampuan luar biasa. Cuma perlu dilatih dan diAKTIF kan sahaja bahagian-bahagian tertentu untuk dapat menguasainya.  Dan perkara ini lah sebenarnya BANYAK dirahsiakan oleh kaum Yahudi sekarang agar manusia lain tidak menjadi HEBAT seperti mereka.

Cuma KEBIASAANYA mata manusia memang tidak dapat lihat rupa asal jin kalau dia belum bermanifestasi ke alam kita. Itu adalah kebiasaanya. Tetapi jika ada mereka-mereka yang dapat melihat (iaitu manusia Indigo sebagai contoh), maka tidak semestinya mereka itu wali dan seumpamanya, tetapi kerana Pineal Gland mereka sudah aktif dan telah decalcified. Ada penjelasan ilmiahnya.

Wallahu a'lam. Wassalaamu'alaikum w.b.t......  :-)


Sila lihat video tentang Kisah Umar Al-Khattab mengajak sahabat bercerita tentang Jin




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.