Berita Terkini

Bukit Maras, Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu

Beginilah hasil-hasil yang suram dari suasana hujan renyai-renyai di atas puncak Bukit Maras baru-baru ini. Walaupun tak puas hati dengan keadaan gambar-gambar dan video, tapi tak apa lah, janji dapat merasai pengalaman berada di kemuncaknya yang menyegarkan dan menenangkan, setelah penat mendaki. Kalau ada rejeki, lain kali boleh kerabak lagi.

Bendera Malaysia di puncak Bukit Maras

Untuk datang ke sini, kalau menggunakan GPS dari arah bandar Kuala Terengganu, ia akan memberi laluan masuk melalui simpang tiga di Tepoh, depan bangunan Felda. Kemudian jalan terus sampai ke satu simpang tiga pula, yang menghala ke Maras, Batu Rakit. Jalan terus hingga jumpa Sekolah Menengah Tengku Mizan, kemudian Sekolah Kebangsaan Maras. Tak jauh lepas itu, ada satu simpang kecil di sebelah kiri. Masuk hingga jumpa Tanah Perkuburan, ikuti jalan terus hingga jumpa banner yang memberitahu yang anda sudah sampai ke kaki Bukit Maras.

Bendera Malaysia di puncak Bukit Maras
Bendera Malaysia di puncak Bukit Maras

Signboard Bukit Maras di puncak Bukit Maras

[Foto kredit kepada adik saya Mohd Hanif Ahmad]

Neezhom dan Ammar di samping bendera. [Foto kredit kepada adik saya Mohd Hanif Ahmad]

Penunjuk arah pelbagai negara di puncak Bukit Maras
Penunjuk arah pelbagai negara di puncak Bukit Maras

Menurut seorang penduduk tempatan, penunjuk arah negara di atas akan bertambah jika ada orang dari negara lain pula yang datang ke kemuncak ini. Jadi, label-label negara yang sudah ada itu menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya seorang dari negara tersebut telah tiba ke puncak Bukit Maras.

Bandar Kuala Terengganu di kejauhan dari puncak Bukit Maras
Bandar Kuala Terengganu di kejauhan dari puncak Bukit Maras

Penat berjelir jugak ambe untuk sampai ke puncak. Lama sangat dah tak daki gunung atau bukit. Exercise kaki pun dah lama tak buat. Kena train balik nampak gaya ni untuk menaikkan stamina. [Foto kredit kepada adik saya Mohd Hanif Ahmad]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (57) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.