Cara Hidup

Konspirasi

Dunia Islam

Kisah Nabi dan Sahabat

Kisah umat dahulu

Sains

Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja

» » » » » Serangan Senjata Kimia Rejim Assad akibatkan bayi Syria Lahir Cacat

bayi Syria Lahir Cacat
Sangat disyaki bahawa serangan senjata kimia yang dilancarkan oleh rejim Bashar Assad di Syria tahun lalu telah menyebabkan kecacatan pada bayi yang baru lahir, sebagaimana dua kes yang dilaporkan baru-baru ini.

Para doktor dan aktivis Syria menyebarluaskan gambar seorang bayi perempuan bernama Fatima Abdulghafar yang baru lahir di Damsyik dan mengalami kecacatan fizikal pada tubuhnya. Takdir Allah, bayi tersebut meninggal tak lama setelah dilahirkan.

Seorang aktivis bernama Nidhal Shikhani mengatakan kakitangan perubatan di Damsyik berkata bahawa penyebab kes itu adalah kerana serangan kimia yang melanda pinggir timur Ghouta pada bulan Ogos lalu, yang membunuh beratus-ratus orang dan mencederakan ribuan yang lain. 

Selepas serangan pelancaran kimia tersebut, resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut Syria untuk melucutkan senjata kimia. 

Para doktor juga menunjukkan sebuah gambar bayi lain yang berusia empat bulan bernama joud, yang dilahirkan tanpa kaki kiri dan hujung jari-jari kakinya hilang.

Ibu joud, yang sedang mengandungnya ketika itu, menghirup gas beracun selepas serangan senjata kimia melanda Homs pada bulan Julai tahun lalu. 

Sebuah NGO yang ada di Syria bernama Pusat Dokumentasi Kesalahan di Syria mengatakan kepada Al Arabiya bahawa ketika ini sedang menyiasat kes ini. 

"Kami masih mengumpul maklumat untuk mengenalpasti punca kecacatan ini dan apakah hal ini disebabkan oleh senjata kimia atau tidak," kata NGO tersebut.

Rose Gottlemoeler, seorang wakil Amerika Syarikat untuk pengawasan senjata dan keselamatan antarabangsa mengatakan pada hari Jumaat bahawa Syria telah memindahkan kira-kira 92 peratus bekalan senjata kimia ke pelabuhan untuk dibawa keluar dari negara itu. 

Gottlemoeler menambah bahawa selebihnya berada di suatu lokasi dekat Damsyik, lapor Al Arabiya.



Penggunaan senjata kimia memang boleh membawa kesan buruk kepada rakyat dan generasi berikutnya. Begitulah yang pernah berlaku di Vietnam dulu, yang kesannya sampai ke hari ini. Sila baca Selepas 40 tahun masih ada lagi kesan bahan kimia tentera AS ke atas bayi di Vietnam

«
Next
Catatan Terbaru
»
Previous
Catatan Lama


Artikel berkaitan:

Kategori

Air terjun (8) Ajaib (22) Alam sekitar (10) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (48) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (112) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (2) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (24) Dunia Hiburan (126) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (52) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (26) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (91) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (35) Kad telefon (3) Kamera (20) Kamera digital (15) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (57) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (191) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (59) Kristologi (47) Landskap (108) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (5) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (28) Penggodam (22) Perang (32) Perkahwinan (22) Pernikahan (19) Perubatan Islam (5) Polis (9) Politik (130) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (101) Robotik (27) Sains (59) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (5) Seni beladiri (1) Senibina (20) Serangga (15) Sukan (42) Syiah (15) Syirik (1) Syria (42) Teknologi (232) Teknologi Nano (7) Teori konspirasi (160) Time lapse (39) Timur Tengah (173) Tumbuhan (36) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (291) Wallpaper Islamik (39) Yahudi (10) Zionis (20)