Khamis, 6 Jun 2013

Video: Misteri Alam Jin - Ustaz Abdul Majid Hassan

Tazkirah serta pengalaman peribadi seorang perawat yang mengamalkan perubatan Islam iaitu Ustaz Abdul Majid Hassan iaitu Penaung kepada Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia (AKRINE), menceritakan tentang misteri alam jin.  Semoga dapat sama-sama tambah ilmu dan ambil iktibar mana-mana yang patut.


Di antara isi-isi menarik;

- Jin mempunyai mata 1, 3, 5, 7 dan sebagainya. Telinga berupa seperti telinga kuda. Tangan lebih panjang dari kaki .......

- Orang yang boleh nampak jin biasanya kerana dalam dia sendiri ada jin, atau dia keturunan jin (mungkin jin mengganggu ketika hubungan kelamin ibu-bapanya dulu dibuat dalam cara yang salah).

- Memang boleh kurung jin dalam botol, tetapi adalah salah jika terus menerus mengurungnya tanpa membebaskan.  Kerana mungkin jin yang dikurung itu tidak bersalah atau tidak sengaja masuk dalam tubuh seseorang dan sebagainya.

- Jika ular masuk ke dalam rumah kita, jangan terus bunuh, tapi ikut hadits nabi, sekurang-kurangnya kita bagi amaran 3 kali kepada ular tersebut supaya keluar. Kerana jika kita bunuh terus dan itu adalah jin, dibimbangi kita akan mendapat suatu yang tidak diingini nanti, na'uzubillah.

Kerana ada kes seorang doktor di Malaysia ini, yang bunuh terus ular, kemudian hari kulitnya jadi bersisik, dan lidahnya menjulur-julur macam ular. Tak lama selepas itu dia meninggal dunia.

- Ada cara dan kaedah agar jin pula yang tak dapat tengok kita.

- Manusia diciptakan dengan diiringi bersama satu jin qarin, untuk menggoda dan merosakkan hati manusia. Begitu juga Allah kurniakan kita satu malaikat untuk mengilhamkan perkara-perkara baik.

- Mengikut kajian beliau, dalam 80% rakyat Malaysia mempunyai jin saka. Terutamanya bagi mereka-mereka yang nenek moyang mereka dulu berasal dari Agama Hindu.  Kerana dulu ada upacara-upacara tertentu, yang mana sebenarnya itu ialah 'sign contract' sama ada mereka sedar atau tidak.

- Dan sebagainya lagi .......


Misteri Alam Jin - Ustaz Abdul Majid Hassan


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.