Jumaat, 7 Jun 2013

Kucing bertanding untuk jawatan Datuk Bandar di bandar Mexico

Baru-baru ini ada seorang budak berusia 4 tahun telah menjadi Datuk Bandar di Minnesota, kali ini ada kemungkinan kucing pula kerana ia akan bertanding untuk jawatan tersebut di sebuah bandar di Mexico. Pelik-pelik sungguh lah, :D

Kucing bertanding untuk jawatan Datuk Bandar di bandar Mexico
Kucing yang bernama Morris ini akan dicalonkan dalam pilihanraya untuk jawatan tersebut pada 7 Julai nanti. Jika Morris menang, dia akan menjadi Datuk Bandar Veracruz, ibu negeri Xalapa, Mexico.

Slogan kempennya ialah 'Xalapa Tanpa Tikus', dan kini ia berada di tempat kedua dari empat calon dengan jumlah 'likes' di laman Facebooknya yang telah dikumpulkan.

Menurut kempennya, Morris menegaskan bahawa walaupun dia mungkin akan menyebabkan keadaan huru-hara secara tetap, sekurang-kurangnya dia akan menutupinya dan tidak meninggalkannya merata agar orang lain membersihkan.

Ia juga menyenaraikan kelemahannya seperti "selimut, cadar, bantal, sofa dan pakaian secara umum".


[Digital Spy]




Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.