Sabtu, 8 Jun 2013

Foto pertama dari angkasalepas

Foto pertama dari angkasalepas

Gambar hitam putih berbintik kasar di atas adalah gambar yang pertama dari angkasalepas. Ia diambil dari ketinggian 65 batu oleh kamera 35 mm di atas roket V-2 pada 24 Oktober 1946.

Tentera Amerika Syarikat melancarkan berpuluh-puluh roket V-2 ini, yang dirampas dari Jerman pada akhir Perang Dunia II, dari White Sands Missile Range. 

Sebelum itu, foto tertinggi Bumi pernah diambil adalah dari  belon Explorer II tahun 1935, yang naik 13.7 batu (garis Karman 100 km atau 62 batu dianggap sebagai sempadan angkasa lepas).


Foto Bumi penuh pertama oleh NASA Johnson Space Center

Gambar pertama dari angkasalepas yang menangkap Bumi dalam paparan penuh pula telah diambil pada 7 Disember 1972, oleh kru kapal angkasa Apollo 17 ketika mereka meninggalkan orbit Bumi untuk terbang ke Bulan.


Sumber - airspacemag.com

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.