Rabu, 11 Januari 2012

Tolak BN atau Malaysia muflis – Lim Guan Eng

Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR 11 Jan : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Malaysia akan muflis menjelang 2019 sekaligus menunjukkan rakyat perlu menukar kerajaan supaya Pakatan Rakyat dapat menyelamatkan negara.

Ini berikutan pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang mendedahkan nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sehingga 2012.

Menurut Felo MIER, Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya Kerajaan Persekutuan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100% ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019.

“Pengesahan dari MIER bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 dengan nisbah hutang kepada KDNK 100%, menunjukkan keperluan untuk menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang supaya PR boleh menyelamatkan negara daripada kemuflisan,” kata Guan Eng dalam kenyataan media.

Menurut Guan Eng, beliau bimbang ekoran kadar hutang pada masa ini sahaja sudah hampir mencecah siling hutang negara iaitu 55 peratus.

“Secara mutlak, hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak 71% dalam tempoh 4 tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007.”

Tambahnya, jika kadar peningkatan yang sama diteruskan, hutang negara akan meningkat kepada RM780 bilion pada tahun 2016 dan RM1,300 bilion pada tahun 2020. Kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi.

“Ini amat berbahaya, dan lebih teruk lagi jika ditambah dengan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK.

Ini turut akan ‘memartabatkan’ Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.

“Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dikatakan setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang,” katanya.

[Keadilan Daily]


Tambah lagi bayar gaji mahal-mahal pada pekerja kerajaan, tetapi ramai yang kerja santai-santai dan malas-malas terutamanya yang kerja pejabat. Atas alasan, kerja rajin-rajin pun gaji dapat sama saja.

Belum lagi ditambah projek-projek yang diberikan sewenang-wenangnya kepada kroni (yang adanya tidak layak pun dapat), projek-projek yang terbengkalai dan membazir, menteri-menteri kebas duit dan mengkayakan diri dan kroni, dan macam-macam lagi.

Apa sangat Malaysia ini keluarkan produk jika dibandingkan dengan import-import barangan (terutamanya yang canggih-canggih) dari luar? Yang dihasilkan di Malaysia pun di bawah syarikat-syarikat luar juga menjadi terasnya. Dan kebanyakannya hanyalah pemasangan, bukannya 'research and development' sendiri.

Kita selama ini terlebih mahu NIKMAT DUNIA sangat tetapi kerja tidak seberapa pun. Semoga kita dapat mengekang nafsu kita dan menjadikan rakyat Malaysia ini sama saja TARAF EKONOMI.

Jika masih ada yang gila harta sangat dan mengumpul kekayaan terlalu banyak, hingga meninggalkan jurang antara golongan miskin, maka keadaan ekonomi TIDAK AKAN menjadi bertambah baik. Ditambah lagi jenayah-jenayah pun AKAN MENINGKAT.

Semoga kita dapat mengambil pengiktibaran bersama. Kerajaan diharapkan carilah cara untuk MENSTABILKAN kedudukan ekonomi rakyat Malaysia, agar perbezaan kaya dan miskin tidak ketara dan semua orang dapat mengecap NIKMAT yang sama, tanpa ada hasad dengki, busuk hati, tamak haloba, rasuah, mahu mencuri, mahu merompak, dan macam-macam sifat buruk lagi.

Walau apa pun yang berlaku dan akan berlaku, semoga kita semua dapat SABAR dan SOLAT (termasuk berzikir) dengan baik, kerana cara ini lah yang dapat membantu untuk menenangkan diri. Hidup adalah ujian untuk menguji siapa yang menjadi baik dan sebaliknya. Dan kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang menipu.

Semoga Allah peliharakan kita semua. Tetapi untuk ke arah yanng sedemikian, mestilah jadi HAMBA ALLAH yang soleh. Baarokallahu lii wa lakum :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.