Ahad, 1 Januari 2012

Pelancaran TV IKIM Februari depan

KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan melancarkan Televisyen IKIM (TV IKIM) pada Februari depan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Beliau berkata, TV IKIM adalah alternatif baru bagi menaik taraf sistem penyiaran institut berkenaan pada 2012.

"Saya berharap stesen TV IKIM akan mendapat sambutan dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konsert Malam Apresiasi 2012 di Masjid Wilayah Persekutuan.

Ketika ini, IKIM mengendalikan IKIM.fm iaitu saluran radio 24 jam yang menampilkan rancangan bercorak Islam.

[BERNAMA]


Alhamdulillah, bagus dan perlu disokong dengan hangatnya. Semoga dakwah dapat dilakukan dengan lebih meluas dan yang paling penting, segala ajaran dalam Islam disebarkan, bukan hanya sebahagian saja yang disebar, dan sebahagian lagi di sembunyikan terutamanya hal-hal yang besar seperti hukum-hakam sebuah negara.

Syabas IKIM, Allah ma'akum insyaAllah :)

1 ulasan:

  1. baguslah, semoga tv niey free kat sluruh negeri malaysia niey, jgn mcm 8tv & tv9... kawasan kat smennjung jew dpt free, kat sbh & srwak lgsung xdpt, kalau nak tngok pon trpksa pakai astro ~

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.