Sabtu, 14 Januari 2012

Larangan Jilbab dan Burka ditentang di Sweden

Larangan Jilbab dan Burka ditentang di Sweden
Meskipun kerajaan Sweden menguatkuasakan larangan jilbab dan burqa, banyak pihak yang menolak larangan itu. Salah satu pihak yang menolak polisi itu adalah institusi pendidikan di Sweden.

Namun, beberapa guru tetap melaksanakan polisi itu. Siswa hanya boleh mengenakan topi 'kupluk'. Bahkan, dalam pelajaran tertentu, terutamanya aktiviti di makmal, sejumlah guru meminta siswinya melepaskan tudung atau burqa yang dikenakan.

Meski masih banyak penentangan, pada Disember 2010, Ombudsman Sweden telah menegaskan, larangan tudung tidak melanggar peraturan anti-diskriminasi. Selepas keputusan itu, institusi pendidikan di Sweden akan merombak peraturan soal tata cara berpakaian, termasuk bagi pelajar bertudung atau berburqa.

Menteri Pendidikan Sweden, Jan Bjorklund, menyambut baik keputusan Ombudsman. Menurutnya, pendidikan itu memerlukan interaksi antara guru dan pelajar tanpa terhalang penutup wajah. "Interaksi itu sangat penting," katanya.

Berbeza pendapat, Ketua Persatuan Guru Sweden, Metta Fjelkner, malah mengatakan bahawa keputusan Ombudsman justeru akan memecah masyarakat Sweden. Sebab, ada pihak yang menolak perlakukan larangan itu. Alasannya, tentu masalah hak asasi. "Saya kira, adalah penting untuk menghormati hak pelajar," katanya seperti dipetik di laman neurope.ue.

Tidak ada data statistik rasmi soal berapa banyak pelajar muslimah di Sweden yang mengenakan burqa atau niqab. Menurut anggaran, sekurang-kurangnya terdapat 100 ribu pelajar muslimah di sana.

[Republika]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.