Isnin, 9 Januari 2012

Daulah Islamiyyah - Dr MAZA



Islam tidak suka kepada manusia yang gopoh. “Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” (Hadits riwayat Abu Ya’la dan Al-Baihaqi daripada Anas r.a.. Sanadnya hasan).

Daripada Sahl Bin Sa’ad RA, Rasulullah S.a.w bersabda : “Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” (Hadits Riwayat Tirmizi)

Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang."  (Hadith Riwayat Muslim).

Sifat terburu-buru yang tidak elok ialah apabila ianya mengundang kesusahan dan keburukan kepada diri sendiri dan orang lain. Biasanya ia disebabkan oleh sifat tidak sabar, emosi, lekas marah, malas, tamak dan seumpamanya.

Firman Allah S.w.t yang bermaksud, “Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azab)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.”  (Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 37)

Walaubagaimana pun, bersikap tenang tidak semestinya sehingga menjadi terlalu lambat dan lembab dalam membuat sesuatu. Tetapi kadar pertengahan itu adalah yang terbaik, sesuai dengan hadits nabi yang bermaksud , “Sebaik-baik perkara adalah pertengahannya”.  (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)

Walaupun kita mahu berjuang demi kebenaran, tetapi mesti ada tinggi kesabaran dan tidak gopoh, sepertimana perjuangan para nabi dan rasul, serta para ulama besar dulu kala. Perjuangan dengan kesabaran dan keperitan maka natijahnya nanti akan sangat memuaskan dan bernilai serta diingati zaman berzaman.  Itulah hikmah di sebalik perjuangan dimana Allah Ta'ala menguji untuk melihat siapa yang betul-betul ikhlas berjuang dan siapa yang tidak.

Kesabaran dan istiqomah dalam perjuangan yang membezakan di antara orang yang ikhlas dan tidak ikhlas. Orang-orang yang tidak ikhlas berjuang akan mudah putus asa dan mengambil jalan mudah untuk kesenangan diri sendiri dan seumpamanya .......

“Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan, di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat), sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”. (Surah Al-Baqarah : 148).

Daulah Islamiyyah - Dr MAZA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.