Jumaat, 18 November 2011

Wanita Saudi bermata seksi mungkin akan diarahkan untuk ditutup

Wanita Saudi bermata seksi mungkin akan diarahkan untuk ditutup
Wanita Arab Saudi yang memiliki mata yang seksi dan menarik mungkin akan dipaksa untuk menutupnya, berita laman web Bikya Masr melaporkan.

Jurucakap Committee for the Promotion of Virtue and the Prevention of Vice (CPVPV) Arab Saudi, Sheikh Motlab al Nabet, berkata jawatankuasa itu mempunyai hak untuk menghentikan wanita yang mendedahkan mata 'menggoda' di khalayak ramai.

Wanita di Arab Saudi sebelum ini sudah dipaksa untuk memakai pakaian hitam yang longgar dan menutup rambut mereka, dan di beberapa kawasan, muka mereka ketika di tempat awam. Jika mereka tidak berbuat demikian, mereka menghadapi hukuman termasuk denda dan hukuman sebat di tempat awam.

Pengumuman ini datang beberapa hari selepas akhbar Saudi iaitu Al-Watan melaporkan bahawa seorang lelaki Saudi telah dimasukkan ke hospital selepas bergaduh dengan ahli jawatankuasa itu apabila beliau mengarahkan isterinya untuk menutup matanya. Suami itu ditikam dua kali di tangan.

Jawatankuasa itu, yang hanya menerima dan melatih sukarelawan, mempunyai kuasa yang boleh dipersoalkan di jalan Saudi, kerana mereka beroperasi di bawah penyeliaan Raja sendiri.

Suatu dokumen yang Wikileaks keluarkan tahun lepas menyebut bahawa 'parti-parti liar gaya Barat' yang sering diadakan di istana diraja di Jeddah, jauh dari jangkauan jawatankuasa, yang tidak mampu berbuat apa-apa terhadap mana-mana pelanggaran diraja.

Ia dilaporkan bahawa parti-parti itu menggunakan alkohol, dadah, menari dan seks, menurut kabel Konsulat Amerika.

[Bikya Masr - 16 Nov 2011]


Bagus tindakan Saudi untuk mengelakkan gejala maksiat, walaupun banyak pihak yang mengutuk dan mengatakan itu adalah sekatan terhadap kebebasan manusia. Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Pihak-pihak yang mengutuk itu mungkin lebih suka makin ramai perogol dan yang dirogol, makin banyak zina dan sumbang mahram, makin banyak gay, makin banyak seks bebas, makin banyak kes buang bayi dan sebagainya.

Maka tunggu sajalah dunia semakin hancur akibat dari maksiat-maksiat tersebut, akibat tidak menggunakan akal, terlalu menurut nafsu syahwat dan tidak mengikut perintah Tuhan .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.