Rabu, 2 November 2011

Voltaic perkenalkan beg galas kuasa solar untuk mengecas komputer riba

beg galas voltaic kuasa solar untuk mengecas komputer riba
Beg galas solar baru keluaran Voltaic boleh memberi anda pilihan untuk cas semula komputer riba anda dan alat lain walaupun ketika hari redup.

Mengandungi bateri dengan 10 watt modul solar monocrystal, persediaannya mempunyai dua port kuasa dan empat tetapan voltan yang disambungkan kepada bateri 60 watt. Beg galas baru ini memberi anda kebolehan untuk mengecas semula mana-mana peranti mudah alih bila-bila masa anda perlu.

Diletakkan di bawah cahaya matahari selama sejam, unit ini menjana dan menyimpan cukup kuasa untuk menjalankan komputer riba purata selama 30 minit.

Apabila matahari tidak boleh didapati, bateri 'onboard' boleh dicaj semula dengan memasang ke dalam outlet AC. Bateri cukup besar untuk dua kali ganda menghidupkan kebanyakan komputer, dan membekalkan 16V atau 19v.

Port voltan rendah menjalankan pada 5V atau 12V untuk kebanyakan peranti mudah alih.

Fungsinya sangat menarik, begitu juga dengan harga yang ditawarkannya sekarang iaitu $389 dolar (RM1,195). Mahal banget sih! Tapi berbaloi lah kut. :D


Array Solar Laptop Charger


[www.voltaicsystems.com/array.shtml , Inhabitat , Unikversiti]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.