Khamis, 10 November 2011

Ulama Mesir seru jihad jika Iran diserang

Sheikh Aala Mazi Abulazaem
Ulama Mesir dari aliran Azmieh, Sheikh Aala Mazi Abulazaem, mengatakan dia akan memproklamasikan 'jihad' jika rejim Zionis atau Amerika Syarikat atau siapa saja sekutu mereka, menyerang Iran.

Menurut laman al-Fajar dari Mesir, Abulazaem menekankan bahawa serangan kasar dunia terhadap Iran adalah mustahil kerana kekuatan besar dunia takut kepada kekuatan ketenteraan Iran.

Dia menggaris-bawahkan bahawa dalam kes itu, para pengikut aliran Azmieh siap bertarung bahu membahu dengan saudara-saudaranya di Iran melawan para penyerang. Demi membela Republik Islam Iran, dia akan menerbitkan dekrit jihad.

Dia menyeru kekuatan Islam dan politik di Mesir mewaspadai persekongkolan yang menyasar keamanan dan konsolidasi dunia Islam dan Arab, serta melawan musuh bersama iaitu rejim Zionis dan AS yang akan menyerang Iran.

Ulama terkenal Mesir itu mengatakan bahawa meskipun Iran mendukung perlawanan bangsa Palestine dan gerakan-gerakan perlawanan lainnya di dunia Arab, namun sayangnya sejumlah pengkhianat di dunia Arab ingin melemahkan Iran.

Abulazaem menyebut Tehran sebagai 'ibukota kepada dunia Muslim' dan menekankan bahawa Iran adalah garis merah yang jika diserang tak akan diabaikan oleh negara-negara Islam lainnya.

Washington dan Tel Aviv telah berulang kali mengancam Tehran dengan 'pilihan' serangan tentera, berdasarkan dakwaan bahawa program nuklear Iran termasuk dalam aspek ketenteraan yang terselindung.

Iran menegaskan bahawa ia mempunyai hak untuk membangun dan memperolehi teknologi nuklear untuk tujuan keamanan sebagai penandatangan kepada Perjanjian Nuclear Non-Proliferation dan anggota Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic Energy Agency).

[PressTV , Antara News]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.