Isnin, 21 November 2011

Rama-rama jadi hidangan makan malam labah-labah rumah

Semalam ada seekor rama-rama (moth) yang masuk berterbangan dalam rumah saya. Pendekkan cerita, tersadai lah ia pada satu sarang labah-labah rumah (house spider). Tanpa membuang masa, saya keluarkan kamera untuk rakamkan saat-saat ia diserang oleh labah-labah itu untuk dijadikan hidangan makan malam.

Rama-rama jadi hidangan makan malam labah-labah rumah

Nak bantu rama-rama itu pun nampak macam dah agak rabak dikerjakan oleh si labah-labah. Maka saya serahkan lah kepada perjalanan alam. Mungkin itu adalah rezeki si labah-labah dan ajal si rama-rama.

Rama-rama jadi hidangan makan malam labah-labah rumah


Rama-rama memandang ke arah kamera di saat-saat sakaratul mautnya, kesiaan

Sepandai-pandai rama-rama terbang, akhirnya tersungkur di sarang labah-labah. Begitu juga dengan kita manusia, sepandai-pandai kita dalam apa jua bidang pun, akhirnya nanti terbenam ke perut bumi jua. Innaalillahi wa innaa ilaihi roji'uun.

~ Neezhom Photomalaya ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.