Isnin, 7 November 2011

Penggodam Anonymous disyaki serang laman web pertahanan Israel

Penggodam Anonymous disyaki serang laman web pertahanan Israel
Laman web pertahanan Israel - termasuk agensi perisikan dalam negeri Shin Bet dan agensi perisikan antarabangsa Mossad - semalam 'crash', dalam serangan siber yang disyaki oleh penggodam Anonymous.

Serangan itu datang dua hari selepas amaran, yang diumumkan di Youtube dengan nama kumpulan penggodam itu, mengatakan Anonymous akan bertindak balas selepas Israel menghentikan dua buah kapal yang membawa aktivis dan wartawan ke Gaza.

Jurucakap Shin Bet berkata: "Kami boleh mengesahkan bahawa laman web telah 'down' selama beberapa jam dan penyiasatan sedang berjalan. Siasatan awal yang dijalankan oleh Tehila, syarikat Internet, menunjukkan masalah dengan pelayan laman web."

Menurut laporan terbaru oleh BCS, Israel telah menolak dakwaan bahawa kegagalan beberapa laman web kerajaan pada 6 November adalah akibat daripada serangan siber.

Ketiga-tiga laman web yang diserang iaitu laman web tentera, Shin Bet dan Mossad telah kembali pulih seperti biasa.

Ofir Gendelman, seorang jurucakap pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, menolak dakwaan bahawa laman berhenti akibat dari perbuatan penggodam (hacker).

[Mail Online , BCS]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.