Selasa, 1 November 2011

Pencipta CSS mahu hapuskan scrollbar pelayar web

Pencipta CSS mahu hapuskan scrollbar pelayar web
Dengan Google bereksperimen dengan membuang bar URL dan Apple menyembunyikan scrollbar secara default dalam OS X Lion, pelayar Web moden membebaskan lebih banyak piksel untuk kandungan yang lebih, tetapi kini Hakon Wium Lie, pencipta Cascading Style Sheets (CSS) mahu menghapuskan scrollbar sama sekali.

Anda mungkin fikir Lie adalah gila dengan idea menghapuskan scrollbar selama-lamanya, kan? Dan anda mempunyai hak untuknya, kerana mengubah cara kita melayari laman web akan menjadi agak radikal.

Penaakulan Lie ada dua: 1) Kandungan tidak muat betul ke tetingkap pelayar dan 2) mencetak laman web adalah bermasalah.

Ideanya adalah untuk menggantikan scrollbar dengan CSS Generated Content For Paged Media - pada dasarnya 'halaman' untuk Web, di mana selain dari skrol ke atas dan ke bawah, anda hanya selak ke halaman seterusnya.

Anggapkannya sebagai satu aplikasi iBooks atau slaid Powerpoint dengan animasi 'sparkly' untuk mengekalkan perkara-perkara yang cantik dan menarik. Kandungan diletakkan kemas di muka surat penuh, sama seperti di dalam buku.

"Kira-kira 2,000 tahun dahulu, manusia menggunakan skrol. Itulah cara mereka mencatatkan maklumat. Orang-orang Rom mengoyakkan skrol kemudiannya, dan menjilid halaman bersama-sama menjadi buku-buku. Buku adalah lebih mudah untuk dikendalikan daripada skrol."  kata Lie.

[Macworld , DVice]


Ada pro dan kontranya jika menukar penggunaan scrollbar kepada CSS Generated Content For Paged Media. Anda fikir lah sendiri mana yang bagus , dan berdoa lah agar nanti akan menepati apa yang anda mahu. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.