Rabu, 16 November 2011

Kamera speed trap baru boleh jejak 32 kenderaan dalam satu masa

Peak Gains Systems Inc. memperkenalkan 'CORDON multi-target Photo Radar System'. CORDON mempunyai keupayaan untuk memantau sehingga kepada 32 kenderaan merentasi empat lorong sama ada arah datang atau pergi.

Kamera speed trap baru boleh jejak 32 kenderaan dalam satu masa

Ia menangkap imej sudut lebar untuk menangkap beberapa sasaran dan ia merekod imej 'close up' kenderaan yang bersalah dan plat lesennya. Ia merekod plat lesen dan kelajuan kenderaan. Kelajuan kenderaan yang bergerak di bawah kelajuan yang dibenarkan muncul dengan warna hijau, kenderaan dalam julat kelajuan yang sesuai menunjukkan warna kuning dan kenderaan melebihi julat yang sesuai muncul dengan warna merah.

CORDON kelihatan seperti projektor video yang lebih besar dan boleh dipasang pada mana-mana objek yang stabil termasuk tanda-tanda overhed, treler tanda pembinaan atau pada treler kelajuan. Ia juga boleh menentukan pelanggaran lorong bas dan teksi melalui pengecaman plat lesen.

Ia termasuk navigasi GPS / GLONNAS untuk merekodkan lokasi pelanggaran. Data disimpan di dalam kad SD yang dienkrip (encrypted) dan boleh distrim melalui wayar atau tanpa wayar kembali kepada pelanggar itu.

Peranti ini akan dijual di Amerika Syarikat pada tahun 2012.



[Motor Trend - 4 Nov 2011]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.