Khamis, 17 November 2011

Batu permata akik sarang lebah (beehive agate)

Ini adalah posting pertama koleksi batu-batu permata saya di sini. InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan berkongsi gambar-gambar batu permata yang ada dalam koleksi saya, dan yang saya tembak (jika ada yang ditembak).

Batu permata akik sarang lebah - beehive agate

Batu akik ini penjualnya tidak tahu nama, maka saya sendiri lah letak nama dia, iaitu Batu akik sarang lebah  (beehive agate). Kerana dalam batu itu ada banyak bentuk hexagon rapat-rapat, seperti sarang lebah.

Saya memang minat batu permata akik, kerana ada bermacam-macam corak, masyaAllah.  Dan yang menarik sudah tentulah jika ianya mempunyai corak yang unik dan cantik.  Saya tidak minat pada perkara-perkara mistik pada batu, kerana cara melayari kehidupan kita ini sudah diajar lengkap oleh Rasulullah s.a.w.

Cuma jika ada khasiat-khasiat pada batu, yang boleh diterangkan secara saintifik, maka boleh lah saya terima. Tapi jika khasiat-khasiatnya seperti menarik rezeki, pelindung dari buatan orang dan seumpamanya, itu sudah tidak ada penjelasan saintifik. Kemungkinan besar terlibat dengan penyalahgunaan jin.

Batu akik sarang lebah - beehive agate

Batu permata akik sarang lebah - beehive agate

Batu akik sarang lebah - beehive agate

Antara cara mahu mengenal batu permata palsu ialah, bentuknya sekata (kerana diletak dalam acuan), ada gelembung-gelembung udara di dalamnya (akibat pemanasan), coraknya tidak menyeluruh dan hanya kelihatan di bahagian dalam (corak yang dibuat dengan laser) dan sebagainya lah. Saya bukan pakar batu permata.

Malangnya, ketika membuat sessi penggambaran batu akik ini, ianya terhempas ke lantai dari tangan saya, menyebabkan serpih sedikit, tapi tidak sempat masuk ke dalam gambar-gambar ini hasil pecahnya.

Mujurlah serpih itu sedikit saja, dan masih boleh dicantumkan dan dipekenakan gam cap gajah. Tapi kualitinya turun lah sikit. Pengajarannya, jangan pegang batu permata tinggi-tinggi sangat dari lantai dan kena lebih berhati-hati.

Jika anda berminat untuk melihat koleksi batu-batu permata saya yang tak seberapa ini, dan berada di sekitar Kuala Terengganu, sila lah datang ke teratak buruk saya.

Perhatian: Batu permata ini telah pecah, nggak ada rejeki hehe


Bersambung ke pameran Batu akik fosil bunga karang hexagon  ....... :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.