Isnin, 21 November 2011

Anjing laut berenang bersama anjing

Ini adalah tika dan saat yang pastinya amat jarang berlaku, iaitu apabila anjing bertemu dengan anjing laut dan berenang bersama-sama di laut.

Anjing laut berenang bersama anjing

Kejadian luar biasa ini telah dirakam oleh jurugambar amatur iaitu Anneke van de Kassteele, dari Netherlands (Belanda).

Anneke, 63, berkata: "Kami berjalan-jalan jauh merentasi pantai Schouwen-Duiveland jadi saya biarkan anjing-anjing itu pergi untuk menyejukkan diri di dalam air."

Anjing laut berenang bersama anjing

"Mereka hanya kira-kira 15 meter dari pesisir pantai apabila saya mengesan haiwan lain. Saya menyangka ia adalah anjing lain tapi apabila saya melihat lebih dekat, saya menyedari bahawa itu adalah seekor anjing laut."

[Mail Online]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.