Selasa, 25 Oktober 2011

RTM mohon maaf kerana siarkan kartun menggambarkan Nabi Nuh

RTM mohon maaf kerana siarkan kartun menggambarkan Nabi Nuh
KUALA LUMPUR  25 Oktober  -  Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja.

Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2.

Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.

Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.

[Harian Metro]


Walt Disney memang salah satu dari keluarga besar Illuminati, maka tak hairan lah ada macam-macam propaganda dan brain wash dilakukan melalui kartun-kartun Disney ....... Hati-hatilah kerana kartun Disney mempengaruhi manusia dari zaman kanak-kanak lagi ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.