Ahad, 30 Oktober 2011

Penggodam cuba untuk menceroboh 600,000 akaun Facebook setiap hari

Penggodam cuba untuk menceroboh 600,000 akaun Facebook setiap hari
Daripada lebih satu bilion orang yang login ke laman web Facebook setiap 24 jam, 600,000 adalah penyamar cuba untuk mengakses mesej, gambar dan lain-lain maklumat peribadi pengguna Facebook.

Angka itu adalah kali pertama Facebook telah dedahkan bagaimana ia dihujani oleh penggodam (hacker) setiap hari.

Ia didedahkan sebagai sebahagian daripada 'blog post' Facebook, dengan mengumumkan beberapa langkah keselamatan baru akan dilaksanakan di seluruh laman web ini sepanjang minggu-minggu akan datang untuk menangani pelbagai pencerobohan.

Pakar keselamatan berkata angka itu adalah "kebimbangan besar" dan bahawa orang perlu lebih berhati-hati apabila memilih kata laluan (password) mereka dan bertindak balas terhadap tawaran kononnya daripada rakan-rakan di Facebook.

Apabila penggodam mengambil alih akaun Facebook pengguna, mereka boleh pos imej, menghantar mesej dan mengakses semua maklumat peribadi orang itu. Facebook mempunyai banyak isu-isu keselamatan yang mana ia kini berusaha untuk menanganinya.

Alasan yang paling biasa bagi penggodam untuk menceroboh akaun pengguna Facebook adalah bahawa mereka boleh menyebarkan penipuan dan menghantar tawaran palsu kepada rakan-rakan ahli dalam usaha untuk menjual barang-barang palsu dan mendapat faedah kewangan.

Rangkaian sosial ini melancarkan dua ciri baru dalam usaha untuk terus melindungi keselamatan pengguna Facebook. 'Trusted Friends' adalah alat yang akan membenarkan pengguna mencalonkan tiga hingga lima 'kawan-kawan yang dipercayai' untuk menghantar kod login jika seseorang dikunci daripada akaun mereka, dimana kata laluan mereka diubah oleh penggodam.

Laman ini juga memperkenalkan kata laluan untuk aplikasi, bermakna ahli-ahli tidak perlu menggunakan login yang sama untuk perkhidmatan pihak ketiga yang berbeza mereka akses melalui Facebook - seperti Spotify.

[The Telegraph]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.