Jumaat, 21 Oktober 2011

Hampir setiap hari ada mualaf baru di kampung ayah Barack Obama

Mahasiswa Muslim Kenya - Gambar hiasan

Alhamdulillah, jumlah penganut Islam kian bertambah di benua Afrika. Dewan Muslim Tertinggi Kenya menyatakan, hampir setiap hari ada puluhan Muslim baru di negaranya. Kenya adalah negara asal ayah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Menurut Abdul Ghafur Bu Saeedi, pimpinan dewan ini, mualaf terbanyak datang dari kalangan suku di Afrika. Ketika para pemimpin suku memutuskan untuk peluk Islam, maka biasanya penduduknya akan mengikuti ketua suku.

Ia meramalkan, dalam 10 tahun ke depan, Islam akan menjadi agama yang terbesar di benua Afrika. "Ramai penduduk yang bersemangat belajar tentang Islam dalam tempoh lima tahun terkini," katanya.

Di kalangan mualaf, mereka juga bersemangat membaca dan menghafal ayat-ayat Al-Quran.

Bu Saeedi juga mencatat, jumlah institusi keislaman muncul di benua ini. "Jika anda ingin jumlah terbanyak mualaf baru, datanglah ketika solat Jumaat di masjid mana-mana di Kenya. Anda akan melihat puluhan orang bersyahadah masuk Islam, dan puluhan yang lain belajar Al-Quran," katanya.

Ketika ini, agama terbesar di Kenya adalah Kristian. Kaum tradisional biasanya memilih keyakinan animisme.

[abna.co , Siwi Tri Puji B - Republika]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.