Jumaat, 28 Oktober 2011

Gambar Steven Tyler selepas jatuh dalam bilik mandi

Beliau telah bergelut dengan masalah ketagihan banyak kali dalam hidupnya tetapi pagi 27 Oktober, Steven Tyler bercakap dengan menyangkal dakwaan bahawa kejatuhan ngeri pada hari Selasa itu adalah disebabkan oleh mabuk. (Ye ke tidak ni Steve? :D)

Gambar Steven Tyler selepas jatuh dalam bilik mandi

Steven Tyler
Penyanyi Aerosmith berusia 63 tahun itu dipanggil oleh The Today Show untuk membincangkan isu ini dengan hos Matt Lauer dan mendedahkan gambar dirinya yang diambil sejurus selepas kejatuhan di mana dia patah gigi dan lebam bahagian mata.

Tyler yang juga menjadi juri American Idol, jatuh ketika mandi, pertama kali memasuki pemulihan semula pada tahun 1984 tetapi menegaskan bahawa kali ini dia benar-benar sedar diri.

Dua batang giginya telah ditukar baru dan dia terpaksa menangguhkan juga konsert terbarunya.

Kumpulan Aerosmith terkenal dengan lagu 'I Don't Want to Miss a Thing' , yang juga soundtrack kepada filem Armageddon.  

[Mail Online]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.