Khamis, 27 Oktober 2011

Buat seperti yang disuruh oleh David Copperfield ini

Masa untuk Kit Kat! :D Cuba ikut apa yang disuruh oleh David Copperfield dalam video ini. Dia akan meneka yang mana satu yang anda pilih. Jangan risau, ia bukannya sihir, tapi hanya satu kaedah Matematik ;)



Ya, ada yang mengatakan David Copperfield seorang ahli sihir, dan ada yang berpendapat sebaliknya. Saya sendiri pun banyak menuduh yang bukan-bukan pada silap mata dulu. Tapi siapa suruh mereka rahsiakan trik-trik mereka dan berlagak macam betul-betul ada kuasa luar biasa, huhu.

Boleh dikatakan ahli-ahli silap mata atas pentas tu rata-ratanya hanya melakukan penipuan ilusi, bukannya menggunakan jin dan seumpamanya.

Yang biasa guna jin ialah tok-tok bomoh atau orang-orang paranormal , yang biasanya memerlukan korban manusia dan membuat kerja-kerja terkutuk seperti menyakiti orang lain dan sebagainya. Cuma persamaan mereka, hanyalah dari segi menipu. Melainkan mereka beritahu betul-betul yang itu hanyalah trik  :D

Walaupun begitu, saya tidak mengatakan tiada kemungkinan ada juga ahli silap mata yang menggunakan sihir. Tapi kebanyakan silap mata yang dibuat di atas pentas atau di jalanan, hanyalah menggunakan kemahiran untuk menipu, props (alat-alat) untuk menipu dan mencipta ilusi-ilusi yang menipu mata manusia.

Ditambah lagi dengan jurukamera yang memang sudah berpakat, dan bagi trik-trik tertentu, penonton-penonton ada yang sudah dibayar, untuk masuk ke rancangan televisyen.  Tetapi kebanyakan trik yang senang dibuat, memang digunakan penonton orang awam yang tiada kaitan.

Dan ianya perlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang giat, bukannya senang mahu lakukan banyak trik silap mata, lebih-lebih lagi yang pelik-pelik.

Dibantu pula oleh teknologi yang macam-macam dah ada, kerana itulah silap-silap mata zaman sekarang pun semakin canggih.  Lihat saja silap mata zaman dulu, tak canggih mana kalau dibandingkan dengan zaman sekarang. Maka antara kunci kecanggihan silap mata ialah TEKNOLOGI.

Walau bagaimana pun, memang luas ilmu yang ada di muka bumi ini. Begitulah Maha Bijaksananya Allah Ta'ala, pencipta segala makhluk :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.