Selasa, 9 Ogos 2011

Wanita yang ketagih makan abu mayat suaminya

Rancangan realiti TV TLC yang diberi nama My Strange Addiction, telah membawa satu cerita tentang seorang wanita yang kematian suami 2 bulan sebelum rancangan ini berlangsung.

Wanita makan abu mayat suami

Casie, 26, tidak berupaya menghentikan dirinya dari mencelup jari ke dalam abu mayat suaminya, kemudian menjilatnya.

Katanya, dia mula-mula merasai abu mayat suaminya, Shawn, apabila dia memindahkan abu dari kotak kadbod sementara ke bekas abu mayat memorial khas.

Wanita makan abu mayat suami

"Beberapa darinya tertumpah atas tangan saya. Saya tidak mahu hanya sekadar lap dia, jadi saya menjilat jari saya."

"Dan beginilah saya hari ini, hampir dua bulan kemudian dan saya tidak boleh berhenti."

Wanita makan abu mayat suami

Shawn mati akibat serangan asma yang teruk secara tiba-tiba. Pasangan itu berkahwin pada tahun 2009 selepas Casie menjumpai lelaki idamannya itu.

"Saya membawa suami saya ke mana-mana saja. Ke kedai runcit, keluar membeli-belah ... Ketika saya pergi membeli-belah, saya membeli perkara-perkara yang dia suka.

Wanita makan abu mayat suami

"Ada orang ketawa, mereka fikir saya bermain-main. Tetapi saya serius - yang saya maksudkan itu suami saya."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.