Rabu, 10 Ogos 2011

Nenek Jepun 99 tahun main Nintendo setiap hari dah 26 tahun

Biasanya permainan komputer digemari oleh kanak-kanak, tetapi bagi Narisawa, walaupun umurnya sudah menjangkau 99 tahun, tapi dia tetap suka bermain seperti seorang kanak-kanak.


Permainan pilihan Narisawa ialah Bomberman untuk NES asal. Beliau mula bermain 26 tahun yang lalu, selepas perasan betapa seronok cucu-cucunya ketika mereka sedang bermain. Bermain Bomberman untuk beberapa jam sehari tidak lama kemudian menjadi sebahagian daripada rutin hariannya.


Bertahun-tahun pengalaman beliau main Bomberman menjadikannya seorang pakar dalam permainan itu; dia menamatkan semua 50 tahap permainan berulang kali. Beberapa hari dia menamatkan permainan dua kali sehari.

Bermain Bomberman setiap hari membantu mengekalkan fikirannya tajam. Menekan semua butang itu juga membuatkan jarinya jadi lincah (dan mampu mencucuk jarum).




[Japan Probe]


Jangan dicuba ajak nenek ini lawan Bomberman, nanti digorengnya anda macam kacang rebus ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.