Rabu, 24 Ogos 2011

Muzium Lemak Babi pertama dunia dibuka di Ukraine

Dengar namanya pun dah loya rasa mulut ni huhu. Tetapi apa kan daya, ada juga golongan manusia yang sukakannya. Bagaimana pun, semoga kita umat Islam tidak teraniaya dengan makanan-makanan yang diletak sumber dari haiwan itu tanpa pengetahuan kita.


Lemak Babi @ khinzir dianggap lazat di tengah dan timur negara-negara Eropah seperti Belarus, Russia atau Czech Republic, dan Ukraine telah membuka sebuah muzium yang didedikasikan kepadanya.


Dikenali sebagai 'Salo' di Ukraine, makanan tradisional ini sering diterjemahkan sebagai 'lard' atau 'bacon' dalam bahasa Inggeris, tetapi terdapat beberapa perbezaan antara ketiga-tiganya. Tidak seperti lard, salo tidak dicairkan, dan tidak seperti bacon, ia mengandungi daging yang sedikit atau tidak ada langsung.

Sama seperti Coca-Cola di Amerika, wurst di Jerman, Ramen di Jepun atau oatmeal di England, salo adalah sebahagian besar budaya Ukraine, maka adalah perkara biasa jika mereka menghormatinya dengan muzium sendiri. Terletak di Svobodi Avenue, di Lviv, Muzium Salo menampilkan semua jenis pameran yang khusus untuk makanan istimewa yang berminyak.







Faham-faham sendiri lah apa yang mereka cakapkan dalam video di atas ya :)

[Oddity Central , Unikversiti]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.