Rabu, 10 Ogos 2011

Gambar-gambar paling sejuk di dunia - dalam air dalam glasier

Jurugambar Franco Banfi, 52, dengan beraninya masuk ke dalam glasier dan dalam air pula lagi untuk mengambil gambar-gambar ini. Sudah lah berada di kawasan glasier sudah sangat sejuk, dalam air lagi.

gambar dalam air dalam glasier

Gambar-gambar yang luar biasa ini dirakam dalam Tasik Sassolo, Switzerland, dengan risiko yang tinggi. Sekali tersesat tidak jumpa jalan keluar, maka membeku lah anda di dalam itu.

Glasier mencipta gua dan laluan bawah air yang luar biasa disebabkan oleh perubahan suhu antara musim panas dan musim sejuk.

gambar dalam air dalam glasier

Encik Banfi, dari Cadro, Switzerland, merakam gambar-gambar ini pada musim panas lepas ketika menyelam bersama temannya Sabrina.

Beliau menambah: "Saya seorang jurugambar profesional, jadi saya mempunyai pengalaman dalam menyelam ais di tempat seperti Antartika, Kutub Utara, Laut Putih dan berpuluh-puluh tasik gunung.

"Saya membahayakan nyawa saya tetapi saya mempunyai beberapa tahun pengalaman termasuk kira-kira 100 selaman di bawah ais. Ia adalah minat yang memandu saya untuk mendapatkan gambar yang sempurna."

gambar dalam air dalam glasier

SubhanAllah .......

[Daily Mail]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.