Berita Terkini

Anjing menakut-nakutkan 600 arnab hingga mati


Tiga ekor anjing memecah masuk ke ladang arnab di China dan menakut-nakutkan 600 ekor arnab hingga mati.

Yan Fugen, pemilik ladang di kampung Haixin, wilayah Zhejiang, mendapati arnab-arnabnya mati selepas tiga ekor anjing memecah masuk ke ladang beliau pada 7 Ogos.

"Saya bangun untuk memberi makan arnab di sekitar pukul 04:00, dan melihat tanah berubah menjadi putih dari jauh.

"Apabila saya tiba dekat, saya melihat binatang-binatang itu terbaring tidak bergerak dan beberapa yang masih hidup sedang dikejar oleh tiga ekor anjing," katanya.

Yan berkata beliau telah menternak 1,500 ekor arnab, dan dua pertiga daripada mereka telah terkorban.

"Kira-kira 400 ekor mempunyai tanda-tanda gigitan di badan mereka, manakala selebihnya tiada kecederaan."

Chen Dongxiang, seorang pakar dengan biro penternakan haiwan tempatan, berkata kematian itu adalah hasil daripada tindak balas tekanan haiwan.

"Apabila arnab atau haiwan lain takut oleh bunyi keras atau kejutan secara tiba-tiba, badan-badan mereka merembeskan sejumlah besar adrenalin.

"Sistem saraf simpati mereka juga masuk ke dalam keadaan terangsang, menyebabkan jantung mereka akan berdegup lebih cepat dan organ-organ mereka tidak berfungsi dengan betul.

"Ini boleh membawa kepada kematian," kata Chen.

Beliau berkata, burung kuang juga seperti arnab boleh digertak sehingga mati.

[Qianjiang Evening News , China Daily]


Nampaknya arnab dan burung kuang pun boleh ketakutan hingga membawa maut. Maka bagi penternak-penternak arnab dan burung kuang sekelian, jagalah haiwan-haiwan peliharaan anda dengan baik dan jangan takut-takutkan mereka ya  :D


5 ulasan:

  1. Arnab memang lemah semangat. Tak leh terperanjat sikit.

    BalasPadam
  2. Betul En Neezhom. Pak cik saya pernah menternak arnab dulu. Setiap kandang arnab ada dipasang speaker dan dimainkan lagu2 - tak kisah lah lagu ape pun. Ini untuk mengelak kan arnab2 tu dari terperanjat jika tetiba ada gangguan ape2.

    Saya pun pernah bela arnab. Comel sungguh. Kena kejar ngan kucing aje degupan jantung arnab tu dah bukan main laju.

    BalasPadam
  3. Maka boleh lah kita kata, lemah semangat IBARAT arnab yer. Terima kasih my dear Legolas atas perkongsiannya, jazaakillahi khoir :)

    BalasPadam
  4. semoga usaha diteruskan....insyaallah dirahmati oleh ALLAH...

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.