Isnin, 1 Ogos 2011

AlQuran dan Sains: Penjelasan mengenai kematian

Kematian sebagai salah satu dari fenomena kehidupan yang biasa dilihat di tengah-tengah kita, telah menjadikan para ahli biologi 'bingung'. Mereka dengan menggunakan ilmu pengetahuan dan teknologi tingkat tinggi telah berusaha untuk menemui hakikat tentang kematian ini.

Namun kematian tetap saja, menjadi sebuah misteri, sangat sulit untuk difahami apalagi dihindari. Kemampuan manusia tidak akan dapat mengetahui hakikatnya, kerana keterbatasan kemampuan, sesuai yang diberikan Allah s.w.t.

Pada masa silam, manusia umumnya meyakini bahawa kematian merupakan fenomena umum yang terjadi dan berhubungan dengan tubuh manusia, di mana tubuhnya mengalami suatu proses kehilangan fungsi kehidupannya. Namun dengan kemajuan ilmu biologi, mereka mendapati kesimpulan bahawa kematian, ternyata melancarkan serangan yang menyebabkan sel-sel tubuh mati dan kehilangan fungsinya.

Kematian sel-sel ini dimulai dengan kerosakan dan kematian zat-zat yang terdapat dalam sel, akibat serangan mikroba dari luar tubuh sel, yang tidak dapat dilawan oleh antibodi yang dimilikinya. Dalam keadaan ini, kematian mengakibatkan perubahan yang terjadi pada fungsi dan kemampuan struktural yang dimiliki sel-sel hidup yang terdapat pada tubuh. Perubahan ini dapat langsung dirasakan oleh sel-sel tubuh yang mengakibatkan kematiannya. Dari sini, kita dapat mengatakan bahawa sel hidup yang terdapat dalam tubuh kita dapat merasakan ‘kematian’ ini.

Hal ini sebagaimana yang difirmankan Allah s.w.t dalam AlQuran yang terdapat pada surah Ali Imran ayat 185 yang berbunyi: "Tiap-tiap yang berjiwa (hidup) pasti akan merasai mati."

Ungkapan AlQuran yang menggabungkan makna dari kata ‘nafsun’ dengan makna dari kata ‘dza-iqotul maut’, menggambarkan hubungan antara apa yang dirasakan oleh 'nafsun' tersebut dengan ‘kematian’. Dan cara pengungkapan yang memilih penggunaan kata subjek ‘dzaa-iq’ yang berasal dari kata 'dzaaqa', dan tidak menggunakan kata subjek ‘mutadzawwiq’ yang berasal dari kata 'tadzawwaqa' menggambarkan bahawa kematian pada mulanya, menimpa bahagian dalam sel-sel tubuh, bukan bahagian luarnya. Hal ini sesuai dengan apa yang kita dapatkan dari hasil analisa sel yang membuktikan terdapatnya seperti ‘kesiapan sel untuk mati’ atau apa yang dapat kita sebut sebagai ‘batasan waktu kematian’ (al-miiqaat az-zamani lil maut).

Di mana, sejak terciptanya suatu gen dari suatu sel tertentu, sesungguhnya setiap sel telah memiliki sketsa yang mengatur kehidupan dan fungsinya, serta batasan waktu berakhirnya fungsi sel tersebut atau kematiannya. Sebagai buktinya, adalah kematian sebahagian sel tubuh sebelum datangnya serangan mikroba yang menyebabkan kematiannya.

Hal ini sebagaimana isyarat yang diberikan AlQuran dalam surah Yunus ayat 49. Allah s.w.t berfirman: "Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah. Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)."

Tentang waktu tertentu bagi kematian sel-sel hidup, juga dijelaskan dalam surah ar-Ra’d ayat 38. Allah s.w.t berfirman: "Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu)."

Kemudian, penelitian ilmiah telah membuktikan bahawa kematian kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa didahului proses perubahan biologi.

Mengenai hal ini, jika kita mahu melihat ke dalam AlQuran, maka kita akan mendapatkan petunjuk mengenai kematian yang datang dengan tiba-tiba, iaitu pada surah Al-Baqarah ayat 259, yang menceritakan tentang peristiwa yang terjadi pada seseorang hamba Allah yang soleh. Allah s.w.t berfirman: "Atau apakah (kamu tidak memerhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: "Berapa lama kamu tinggal di sini?" Dia menjawab: "Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keldai kamu (yang telah menjadi tulang-belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang-belulang keldai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali kemudian Kami membalutnya dengan daging." Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata: "Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Pengungkapan AlQuran dengan menggunakan huruf ‘fa’ dalam firman-Nya: "Fa amaatahullah" yang ertinya: "Maka Allah mematikan orang itu", menggambarkan kejadian maut yang tiba-tiba yang menyebabkan terhentinya kehidupan di bahagian dalam sel-sel tubuh.

Namun kematian sel-sel ini, tidak bererti hancurnya sel-sel tersebut, kerana melalui proses pemeliharaan (pembekuan) sel-sel ini, kehancurannya dapat dihindari. Sebagaimana yang diisyaratkan oleh bahagian ayat di atas iaitu: "Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari."

Dugaan di atas (dari hamba yang soleh itu) yang menyatakan bahawa dirinya telah tinggal di negeri itu sehari atau setengah hari, didasarkan pada apa yang dilihatnya dari keadaan tubuhnya yang belum berubah dan tidak adanya kerosakan pada sel atau organ tubuhnya.

Hal ini menjelaskan bahawa sel-sel tubuh meskipun telah mati, boleh tetap dijaga sesuai keadaannya semula, jika dihindarkan dari sebab-sebab yang boleh mengakibatkan kehancurannya (misalnya, diawet). Dan proses ini, pada masa sekarang, boleh dilakukan oleh para ilmuwan dengan bantuan sains dan teknologi di bidang biologi yang telah berkembang pesat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.