Khamis, 4 Ogos 2011

Ahli astronomi dakwa temui oksigen di angkasalepas

Teleskop Herschel baru milik Agensi Angkasa Eropah (ESA - European Space Agency) telah menemui oksigen, sama seperti yang kita hirup dan bernafas, di buruj Orion.

Ahli astronomi dakwa temui oksigen di angkasalepas

Selepas hidrogen dan helium, oksigen adalah unsur ketiga yang paling banyak di dalam Alam Semesta. Struktur molekulnya membuatkan kehidupan di bumi dapat bernyawa dan ia merupakan 20% daripada udara yang kita hirup. Jika bentuk kehidupan di planet lain adalah sama dengan orang-orang di planet kita, maka mereka juga mungkin perlu oksigen untuk hidup.

Pada tahun 2007, ahli-ahli astronomi Sweden mendakwa bahawa mereka telah menemui oksigen di dalam buruj yang berdekatan dengan Orion, tetapi tidak seperti penemuan Herschel, penemuan itu tidak disahkan.

Laporan saintis-saintis ini, yang diterbitkan di Jurnal Astrophysical, menyebut bahawa oksigen 'bersembunyi' di dalam ais yang meliputi permukaan zarah debu kosmik.

Pencarian masih diteruskan, dimana ahli-ahli sains mengaku "kami tidak menemui kuantiti oksigen yang besar dan kami masih tidak memahami apa yang istimewa tentang tempat ia ditemui. Alam semesta masih mempunyai banyak rahsia yang belum dirungkai".

[NASA]


Mungkin ditemui betul ada oksigen di luar sana, dan mungkin juga salah satu lagi propaganda dari NASA untuk meyakinkan orang ramai akan kewujudan alien di luar sana.

Memang Allah s.w.t Maha Mencipta, dan Dia boleh cipta apa saja mengikut kemahuanNya. Tetapi bagi saya, alien tidak wujud, kerana dari fakta-fakta dan bukti-bukti sebelum ini, alien hanya diada-adakan oleh pihak elit dunia bagi mengaburi pandangan manusia, dengan agenda-agenda tertentu dalam usaha untuk mewujudkan New World Order.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.