Jumaat, 29 Julai 2011

UMNO parti yang suka mencarut rupanya

Selama ini saya tengok gambar-gambar pemimpin pembangkang banyak dimanipulasikan oleh blogger-blogger pro UMNO. Dan keadaan dalam manipulasi foto tersebut amat jijik dan seumpama mencarut. Banyak sangat mereka buat, saya pun malas mahu kutip dan letak di sini semuanya.

Cuma apa yang saya terkilan tengok, gambar-gambar sebegitu bukan sahaja di blog-blog pro UMNO yang mungkin kebanyakannya golongan muda-mudi, tetapi gambar sebegitu rupa juga ada di laman web rasmi UMNO sendiri.

Contohnya gambar di atas yang saya bawakan ini, menunjukkan 3 orang personaliti yang dimalukan sedemikian rupa. Dan pada baju mereka ditulis dengan perkataan yang sepatutnya 'Bersih' tetapi telah ditambah dengan perkataan 'mencarut'. Adakah itu cara berpolitik yang berakhlak dan beradab? Amat memalukan ianya berada di dalam laman web berita rasmi UMNO. Adakah UMNO sudah sangat terdesak hingga sanggup melakukan sedemikian rupa?

Jika anda tidak percaya bahawa ianya ada di laman rasmi UMNO sendiri, sila pergi ke laman http://umno-online.com/?p=42470

Begini rupa-rupanya UMNO mendidik ahli-ahlinya, patut lah UMNO sekarang jauh berbeza dengan UMNO dulu. Sewaktu saya pun berada dalam UMNO dulu, orang-orang UMNO biasanya beradab dan penuh sopan. Tetapi jika kita lihat sekarang, sudah terbalik habis. 

Bahasa-bahasa mencarut dan kesat sudah sangat biasa dilontar oleh penyokong-penyokong UMNO. Adakah mereka sudah TIADA HUJJAH, sampai terdesak berbahasa kesat? Jika semua menggunakan bahasa kesat, maka boleh kah selesai kes?

Kalau ikut pengalaman saya berdebat dengan orang-orang Kristian dulu, kerana ketiadaan hujjah lah akhirnya mereka mula berkata-kata kesat, mencarut, memaki hamun dan sebagainya. Adakah UMNO pun mahu jadi begitu? Kalau dah rasa SALAH dan TIADA HUJJAH, mengaku salah saja lah, tak perlu mencarut dan berkata-kata kesat dengan mengutuk orang lain. Itu menunjukkan SIAPA diri anda yang sebenarnya.

Dah lebih dari budak-budak sekolah rendah dah jadinya, kalau suka mencarut dan berbahasa kesat. Macam mana nak maju kalau gitu? 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.