Isnin, 11 Julai 2011

Sudah 100 ribu lebih ahli Facebook menuntut Najib letak jawatan

Dalam masa yang tidak lama, tika dan saat ini sudah 125,299 yang LIKE page di Facebook yang menggesa agar Datuk Seri Najib bin Tun Razak meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Ini menunjukkan bahawa rakyat 1Malaysia majoritinya memang tidak menyukai pemerintahan Datuk Najib. Apa yang digembar-gemburkan dalam TV dan radio bahawa BN ramai penyokong hanyalah propaganda BN semata-mata untuk mengelabui mata rakyat yang hanya PERCAYA kepada berita TV dan radio.

Itu belum lagi dicampur dengan mereka-mereka yang diupah, mendapat wang ehsan tetapi terus gelap mata, orang-orang asli, orang-orang kampung yang tidak mahu mendengar kata orang tetapi percaya berita TV dan radio semata, pengundi-pengundi hantu, orang-orang kerajaan yang telah dirasuah, dan segala mak nenek kebayan lagi lah!

Bukalah mata hati, bukalah telinga rohani, usah tertipu lagi dengan banyak propaganda yang dilakukan oleh Barisan Nasional, terutamanya pimpinan UMNO. Ahli-ahli bawahan UMNO dan kita semua yang menjadi mangsa kerakusan pimpinan UMNO.

Sila klik like di page 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation jika anda juga seorang ahli Facebook yang mahu desak agar Datuk Najib letak jawatan.

Menurut satu sumber dari page tersebut, sejak page itu ditubuhkan, 1 orang like dalam 1 saat. Dalam 24 jam, kira-kira 80,000 - 90,000 pertambahan. Dalam 1 minggu kira-kira 600,00 pertambahan.  Maka anda kira sendiri lah macam mana selanjutnya :)


* Update 7:26 PM , 17 Julai 2011








4 ulasan:

  1. sy nk like jgk, tp kt office ni xleh access fb la pulak.. huh.
    like kt page ni jela ye.. ;)

    BalasPadam
  2. ctz, TQ, jangan lupa LIKE pada page kat sana bila balik rumah atau ada peluang nanti :)

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.