Sabtu, 16 Julai 2011

Rusuhan pelajar pada kerajaan di Chile

Ini baru namanya rusuhan dan membawa kepada keburukan kepada orang dan harta benda awam. Berbeza dengan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Malaysia baru-baru ini.

Bersih 2.0 , rakyat berhimpun secara aman, tidak membuat kacau, tetapi polis yang menyerang dan membuat kacau. Berbeza dengan suasana di Chile ini, dimana pelajar-pelajar yang merusuh membuat kacau dan merosakkan harta benda awam.

Lebih daripada 30 pegawai polis telah cedera dan 53 penunjuk perasaan ditangkap kerana beribu-ribu pelajar di Chile mengambil tempat di jalan-jalan di bandar-bandar termasuk Santiago dan Valparaiso untuk menuntut lebih banyak dana untuk pendidikan awam pada hari Jumaat, 15 Julai.

Bandingkan suasana gambar-gambar di bawah dengan suasana di Kuala Lumpur baru-baru ini. Adakah mereka-mereka yang berkumpul dalam Bersih 2.0 baru-baru ini menyerang polis,, melempar bom atau apa-apa subjek dan seumpamanya? Ada pun satu keping gambar, kononnya seorang pemuda memegang pisau, sedangkan setelah diteliti ternyata gambar itu telah diedit.

Sesiapa yang ada AKAL insyaAllah dapat membezakan suasana di bawah dengan apa yang berlaku di Kuala Lumpur minggu lepas. Dan dapat membezakan yang mana satu PERHIMPUNAN SECARA AMAN dan mana satu RUSUHAN.

Rusuhan pelajar pada kerajaan di Chile


Rusuhan pelajar pada kerajaan di Chile


Rusuhan pelajar pada kerajaan di Chile


Rusuhan pelajar pada kerajaan di Chile


Rusuhan pelajar pada kerajaan di Chile


Rusuhan pelajar pada kerajaan di Chile
Foto kredit: Sky News


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.