Jumaat, 29 Julai 2011

Rangkaian gua di tengah hutan Vietnam sangat besar, hujungnya masih belum dapat dijumpai

Ini adalah gambar-gambar yang menakjubkan yang menangkap kedalaman tersembunyi laluan gua terbesar di dunia, yang masih menjadikan penjelajah-penjelajah gua tercari-cari lagi hujungnya.

Rangkaian gua di tengah hutan Vietnam

Tersembunyi di tengah-tengah hutan Vietnam letaknya Hang Son Doong, iaitu sebahagian daripada rangkaian lebih 150 buah gua.

Yang ditemui oleh peneroka gua British pada tahun 2009, laluan gua di Phong Nha-Ke Bang National Park pada asalnya sederhana 150 meter panjang dan 200 kaki tinggi.

Rangkaian gua di tengah hutan Vietnam

Tetapi imej-imej yang luar biasa ini - yang diambil semasa dua ekspedisi gua - menunjukkan kedalaman gua yang mengagumkan ini, kini yang terbesar di dunia.

Pada panjang raksasa iaitu 2.5 batu, 330 kaki lebar dan hampir 800 kaki tinggi, Hang Son Doong juga dikenali sebagai Mountain River Cave, sama tinggi dengan 25 buah bas dua tingkat.

Rangkaian gua di tengah hutan Vietnam

Dan seperti yang ditunjukkan dalam imej-imej menakjubkan yang diambil oleh jurugambar Carsten Peter, ada juga hutan yang tersembunyi jauh di dalam gua.

Carsten dari Munich, Jerman, mengambil imej-imej ini pada tahun 2010 apabila beliau menyertai penjelajah gua British dan Jerman semasa ekspedisi selanjutnya.

Rangkaian gua di tengah hutan Vietnam


[Dailymail.co.uk]


SubhanAllah .......




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.