Selasa, 12 Julai 2011

Perompak menyamar seperti Elvis Presley

Mungkin lelaki ini adalah peminat setia mendiang Elvis Presley, Raja Rock n Roll. Malangnya, ketika cuba merompak di sebuah kedai di Brighton, timur Sussex, England, dia telah terakam dalam kamera CCTV.

Beliau telah memasuki sebuah kedai judi Ladbrokes di Brighton pada pukul 10 pagi, menunjukkan senjata api pada seorang kakitangan wanita dan menuntut wang tunai. Dia mendapat habuan £400 hingga £500 dan menuju ke selatan dengan berjalan kaki. Wanita itu tidak cedera tetapi ditinggalkan dalam keadaan menggigil ketakutan.

Penyiasat percaya perompak ini adalah orang yang sama yang merompak kedai judi William Hill Khamis lepas, yang memakai janggut lebat warna kelabu palsu.

Bukan main lagi perompak ni ya. Hajat tak kesampaian mahu jadi artis, jadi perompak akhirnya, kesian.

[Dailymail.co.uk]




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.