Selasa, 12 Julai 2011

PBB menegur kerajaan Malaysia kerana bertindak keras dalam Himpunan Bersih 2.0

Pakar hak asasi manusia di PBB (UN - United Nation) berkata, kawalan 'keras' Malaysia terhadap demonstrasi pada hari Sabtu lalu, memberi risiko kepada proses demokrasi, dan melahirkan kebimbangan dengan laporan penahanan pemimpin-pemimpin politik.

Laporan media menunjukkan pihak berkuasa Malaysia menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap penunjuk perasaan di ibu negara, Kuala Lumpur, pada hari Sabtu, dilaporkan membawa kepada satu kematian, kecederaan beberapa orang dan menangkap lebih daripada 1,600 orang.

"Hak untuk kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran, termasuk dalam bentuk protes secara aman, adalah penting untuk demokrasi," kata Frank La Rue, Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran.

"Dengan mengisytiharkan demonstrasi haram, menutup bahagian ibu negara terlebih dahulu dan bertindak balas dengan cara yang berat terhadap penunjuk perasaan aman, Kerajaan Malaysia berisiko menjejaskan kemajuan demokrasi di negara ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Pakar-pakar hak asasi itu mengingatkan Kerajaan daripada obligasinya untuk menghormati hak-hak untuk berhimpun secara aman, berpersatuan, dan ungkapan sepenuhnya, seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Mereka juga ingat bahawa sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia telah berjanji untuk mengekalkan standard tertinggi dalam promosi dan perlindungan hak asasi manusia.

En La Rue dan En Sow pakar-pakar bebas dan bukan berbayar, membuat laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva.



Jangan sampai tentera Amerika Syarikat dikerah nanti datang ke Malaysia untuk menangani kerajaan Malaysia yang sudah menjadi ala diktator sekarang ini. Perhimpunan Bersih 2.0 yang aman adalah SAH dari segi undang-undang antarabangsa dan DEMOKRASI, tetapi kerajaan BN Malaysia sendiri yang sudah mencemarkannya.



7 ulasan:

  1. Bukan setakat orang kampung jer dah tau pasal Bersih ni... seluruh dunia pun dah tau. Dan mereka pun dah bersuara.

    Apa agaknya tindakan pemerintah yer??

    BalasPadam
  2. Mungkin pemerintah hanya akan mencari cara membuat alasan lagi dan lagi dan lagi, sampai bateri habis!! :)

    BalasPadam
  3. sibuk je PBB ni , selesaikan dulu masalah PALESTIN , saudara kami kat sana tu lebih memerlukan PERHATIAN dari kami disini .

    BalasPadam
  4. Masalah Palestine tidak akan diselesaikan oleh PBB, kerana campurtangan kerajaan AS dan Britain, bapa dan mak kepada kerajaan Malaysia ni.

    Ingat, kerajaan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan dua kerajaan tu. Dan Malaysia belum merdeka lagi dari British @ Britain tu, tetapi hanya merdeka pada nama saja.

    Yang menegur kerajaan Malaysia tu adalah pakar hak asasi manusia dari PBB, yang mungkin tidak berkomplot dengan AS, tetapi bercakap atas nama DEMOKRASI.

    BalasPadam
  5. Bukan setakat orang kampung jer dah tau pasal Bersih ni... seluruh dunia pun dah tau. Dan mereka pun dah bersuara.

    Apa agaknya tindakan pemerintah yer??

    BalasPadam
  6. sibuk je PBB ni , selesaikan dulu masalah PALESTIN , saudara kami kat sana tu lebih memerlukan PERHATIAN dari kami disini .

    BalasPadam
  7. kita nama je kerajaan demokrasi tp lebih kepad sekular ala2 diktator dah..rakyat berhak bersuara untuk menyampaikan pendapat mereka jika tiada campur tgn dari pihak berkuasa tidak akan berlaku pergaduhan atau kerosakan harta benda..jika pihak kerajaan tidak melancarkan serangan dengan menyembur gas pemedih ke atas rakyat yang pergi bersih xkan berlaku perkara ini..ini bermakna pemerintah sekarang tkut dengan kebangkitan rakyat untuk menentang kerajaan yang zalim...

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.