Khamis, 14 Julai 2011

Katak pelangi dijumpai kembali di Borneo

Katak Pelangi Borneo (Bornean Rainbow Toad) ataupun Sambas Stream Toad (Ansonia latidisca) dijumpai kembali di Borneo setelah 87 tahun tidak kelihatan, iaitu sejak tahun 1924. 

Katak itu ditemui baru-baru ini oleh saintis dari Universiti Malaysia Sarawak yang menghabiskan masa berbulan-bulan mencari katak tersebut di Gunung Penrissen, bahagian barat Sarawak, sempadan semulajadi antara Negeri Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia di pulau Borneo.

Katak pelangi dijumpai kembali di Borneo
Katak Pelangi Borneo - Foto kredit: Indraneil Das

Kempen mencari katak-katak yang hilang ini dilancarkan setahun yang lepas oleh Conservation International dan International Union for Conservation of Nature's SSC Amphibian Specialist Group. Mereka menyenaraikan 10 katak yang paling dikehendaki, termasuklah Katak Pelangi ini.

Katak kaki panjang berwarna-warni ini berbeza saiz dari kira-kira 1 inci ke 2 inci (30 hingga 51 milimeter).

Katak pelangi dijumpai kembali di Borneo
Katak Pelangi Borneo - Foto kredit: Indraneil Das

[MSNBC]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.