Sabtu, 4 Jun 2011

Stesen kuasa solar yang menjana elektrik di waktu malam pertama dunia

Ia kelihatan seperti sebuah projek seni raksasa. Tapi corak melingkar simetri dari cermin panel ini adalah stesen solar pertama dunia yang menghasilkan kuasa elektrik pada malam hari.

Gemasolar Power Plant berhampiran Sevilla di Sepanyol selatan terdiri dari 2,650 panel yang luar biasa yang merentang di tanah 185 hektar di luar bandar.

first solar power station that generates electricity at night

Cermin yang dikenali sebagai heliostats, memfokuskan 95 peratus daripada sinaran matahari kepada penerima raksasa di pusat stesen itu.

Boleh memanas sehingga 900C, digunakan untuk memanaskan tangki garam cair, yang membuat wap untuk memberi kuasa kepada turbin stesen ini.

first solar power station that generates electricity at night

Namun, tidak seperti semua stesen tenaga solar lain, haba yang disimpan dalam tangki boleh dilepaskan hingga 15 jam semalam, atau selama tempoh tanpa sinar matahari.

Projek ini adalah 'joint venture' antara syarikat tenaga Abu Dhabi iaitu Masdar dan firma kejuruteraan Sepanyol iaitu SENER yang dipanggil Torresol Energy, memakan masa dua tahun untuk dibina dengan kos £260 juta.

first solar power station that generates electricity at night

Ia diharapkan akan menghasilkan 110 GWh / tahun - yang cukup untuk membekalkan kuasa elektrik kepada 25,000 rumah di kawasan Andalucia.




[Dailymail.co.uk]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.