Selasa, 21 Jun 2011

Rekod dunia: Biola dilelong dengan harga £9.8 juta

Lady Blunt violin - StradivariusSebuah biola jenis Stradivarius telah dijual dalam lelong secara online dengan harga £9.8 juta (RM48.4 juta) untuk meraih dana membantu mangsa Tsunami dan gempa bumi di Jepun.

Biola itu dibuat dalam tahun 1721 dan dikenali sebagai 'Lady Blunt' sempena dengan Lord Byron iaitu cucu kepada Lady Anne Blunt yang telah memilikinya selama 30 tahun.

Ia telah dijual oleh sebuah yayasan muzik di Jepun bagi mangsa gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada bulan Mac lalu.

Harganya lebih daripada empat kali rekod terdahulu untuk Stradivarius.

Wang itu akan pergi ke Nippon Foundation's Northeastern Japan Earthquake and Tsunami Relief Fund.

Biola itu ditawarkan untuk dijual oleh Yayasan Muzik Nippon (Nippon Music Foundation), pemilik beberapa instrumen Stradivari dan Guarneri yang terbaik di dunia.


Identiti pemilik baru tidak didedahkan.

Lady Blunt mencatat jualan rekod £84,000 dalam lelong terakhir sebelum ini di Sotheby dalam tahun 1971.

[BBC]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.