Rabu, 22 Jun 2011

Rakyat Malaysia buang 12,000 tan sampah sehari

Ilustrasi SampahSEREMBAN 22 Jun - Rakyat di negara ini dianggarkan membuang 12,000 tan sampah setiap hari dan jumlah ini dijangka meningkat sehingga 30,000 tan sehari menjelang 2020 jika mereka masih tiada kesedaran untuk mengitarnya semula, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Datuk Zaini Md Nor.

"Keadaan ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan penyakit," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian buku akaun bank bagi Program Bank Kitar Semula di Sekolah Menengah Kebangsaan St Paul di sini, hari ini.

Berikutan itu, kata Zaini, kerajaan memberi perhatian terhadap program kitar semula kerana kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad sedangkan sisa bahan buangan semakin banyak. Katanya lebih 85 peratus rakyat Malaysia faham dan tahu tentang kitar semula tetapi hanya 55 peratus yang melaksanakan kitar semula.

Komposisi sampah yang memberikan sumbangan tertinggi adalah sisa makanan sebanyak 45 peratus, plastik (24 peratus), kertas (7 peratus), besi (6 peratus) dan kaca (3 peratus).

[Bernama]


Banyak molek sampah yang dibuang ya, kalau semua itu dibuang merata-rata alamatnya mungkin jadi negara sampah lah Malaysia ni.

Walaupun begitu ada tempat menarik di dunia ini yang bandarnya menjadi tempat simpan sampah, iaitu Bandar Sampah atau lebih dikenali sebagai Garbage City.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.