Sabtu, 4 Jun 2011

Pelacur ditanda pangkah seperti dalam filem Ali Baba Bujang Lapok

Jika dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, kita melihat Marjina menanda pangkah banyak-banyak pada rumah-rumah untuk mengelirukan penyamun-penyamun. 

Tetapi dalam operasi mencegah maksiat dan seks bebas di Pulau Pinang malam baru-baru ini, polis menanda pangkah pada muka, dada dan tangan pelacur.

Ianya telah dipertikaikan oleh beberapa kumpulan hak asasi. Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo membidas polis kerana tidak mematuhi piawaian prosedur operasi polis (SOP) dan pada masa yang sama mencabuli hak asasi manusia.

“Kita tidak boleh menandakan mereka secara fizikal... kita boleh tahan mereka tetapi mereka tidak boleh ditanda seperti itu,” katanya ketika dihubungi.

Pelacur-pelacur warga asing itu ditahan di sebuah kelab malam di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Tikus kerana disyaki salah laku seks.

Lapan rakyat tempatan dan 30 wanita asing - 29 dari China dan seorang dari Vietnam ditangkap oleh 19 anggota polis dari Bukit Aman.


[Malaysia Kini]


p/s: Harap maaf, gambar-gambar sudah dibuang kerana menampilkan aurat.

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.