Selasa, 14 Jun 2011

Panglima Tentera Darat yang baru ialah Zulkefli Zainal Abidin

KUALA LUMPUR 14 Jun - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengumumkan pelantikan Jeneral Datuk Zulkefli Zainal Abidin sebagai Panglima Tentera Darat yang baru menggantikan Jeneral Tan Sr Zulkifli Mohd Zain yang dinaikkan pangkat sebagai Panglima Angkatan Tentera.

Rombakan itu adalah susulan persaraan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkuatkuasa hari ini.

[Berita Harian]

Kedua-dua panglima di atas namanya Zulkifli ya. Bezanya cuma yang baru tu bertukar huruf 'i' dengan 'e' jadi Zulkefli.

Jeneral Datuk Zulkefli Zainal Abidin menjadi Panglima Tentera Darat yang ke 23.  Panglima Tentera Darat (PTD) ialah ketua bagi perkhidmatan Tentera Darat Malaysia.

Untuk melihat senarai penuh Panglima Tentera Darat di laman web Tentera Darat Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.