Rabu, 1 Jun 2011

Lelaki Zimbabwe dinobatkan sebagai 'Mr Ugly'

Zimbabwean man crowned Mr Ugly
Biasa kita dengar pertandingan Ratu Cantik, Miss Universe, Mr Universe dan seumpamanya, untuk mencari orang yang paling cantik sama ada rupa, tubuh dan sebagainya.

Tetapi di Zimbabwe, mereka  mengadakan satu pertandingan untuk mencari 'Mr Ugly'.

Austin Mbewe, 32, dari Bulawayo iaitu bandar kedua terbesar di Zimbabwe telah memenangi pertandingan tersebut dan dinobatkan sebagai Mr Ugly. Dia memenangi wang tunai sebanyak 1,200 rand (174, 122 euro).

"Saya merasa terhormat dengan kemenangan ini," katanya pada akhbar tempatan di sana setelah memenangi gelaran.

"Saya telah menjadi subjek ejekan dari masyarakat sejak kecil dan dunia telah melihat bahawa ada sisi yang cantik pada kehodohan saya."


[Emirates 24/7]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.