Ahad, 12 Jun 2011

Lelaki mengerat hidung wartawan CCTV

Seorang lelaki yang tidak dikenali telah menyerang dan mengerat hidung wartawan wanita CCTV di China ketika wanita itu keluar dari bangunan stesen TV pada hari Khamis lalu.

Lelaki itu mulanya bertanya sama ada dia bekerja di stesen TV tersebut. Apabila wartawan itu mengesahkan, lelaki itu terus mengeluarkan pisau yang disembunyikan dalam suratkhabar, menyerangnya berkali-kali kemudian lari dari situ.

Penyerang itu, yang dipercayai berasal dari Wilayah Liaoning sudah menuntut untuk bercakap dengan wartawan CCTV pada paginya tetapi diusir oleh polis hanya untuk kembali lagi di waktu tengahari.

Motif jenayah itu belum jelas dan polis masih menyiasat. Pemotongan hidung tersebut tidak terlalu dalam - pelbagai laporan mengatakan bahawa hidungnya mungkin telah mendapat cedera yang teruk, tetapi tidak ditetak sampai tercabut terus.


[Shanghai Ist]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.