Isnin, 13 Jun 2011

Lady Gaga mengadakan konsert menyokong puak Gay

Lady Gaga konsert menyokong Gay
Lady Gaga yang dikatakan mempunyai darah kacukan Itali-Amerika, telah membuat persembahan di 2011 Gay Pride Parade dan membuat konsert di Rome, Itali dengan harapan membawa mesej penentangan terhadap Vatican, kata penganjur.

Acara ini menarik satu juta peserta dijangka menyokong hak-hak gay di Itali, yang merupakan negara yang ketika ini tidak mengizinkan perkahwinan sesama jenis atau adopsi oleh pasangan gay.

Lady Gaga sebelum ini telah lama melobi hak-hak puak Gay di Amerika Syarikat.

Artis Amerika popular itu menyanyikan lagu versi piano untuk lagu 'Born This Way' dan 'The Edge of Glory' di depan ribuan peminat yang padat bersorak di dalam stadium.

Gaga juga berucap dalam konsertnya, dia menggambarkan homoseksual sebagai "revolusi cinta" sambil menyeru "kesamaan penuh sekarang," menurut laporan media.

Artis belaan Illuminati ini merupakan antara artis yang paling kuat pengaruh dan paling merosakkan akhlak generasi zaman sekarang, na'uzubillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.