Rabu, 15 Jun 2011

Kelas 'pole dance' untuk budak umur 3 tahun!

Ada ibubapa yang sanggup membayar £5 sejam agar anaknya diajar 'pole dance' di kelas Little Spinners, Make Me Fabulous Dance Studio di Northampton, UK. Dan umur paling muda dihantar ialah 3 tahun.

Kumpulan perlindungan kanak-kanak di UK telah menganggap bahawa perbuatan itu 'terlalu mengganggu'.

Kata Carly Wilford, instruktor di kelas itu bahawa ia membantu kanak-kanak agar tetap sihat dan meningkatkan harga diri mereka.

Banyak lah punya sihat! Sedangkan 'pole dance' itu sendiri sebenarnya menjurus kepada tarian merangsang nafsu seks dan menggoda. Terkangkang, berpusing-pusing, dengan pakaian yang ketat dan seksi. Macam tak ada cara lain lagi dah untuk mengajar kanak-kanak bersenam.

pole dance kanak-kanak
Pelbagai alasan diberikan oleh tenaga pengajar kelas yang mengajar 'pole dance' kepada kanak-kanak ini. Antaranya mengatakan bahawa tarian itu berasal dari India yang diberi nama Malkhamb, yang mana para ahli gimnastik termasuklah ramai kanak-kanak melakukan persembahan berpusing di tiang kayu.

Walaubagaimana pun 'pole dance' sudah dikenali ramai sebagai tarian yang menjolok mata kaum lelaki yang melihatnya, dan menyebabkan kaum wanita yang melakukannya nampak murahan dan hilang maruah.


[mommysdirtylittlesecret.com]

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.