Rabu, 22 Jun 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia telah dilancar hari ini

KELANA JAYA, 22 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Rabu melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Kedai yang terletak di Stesen LRT Kelana Jaya itu diurus oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd, dengan kerjasama kerajaan.

Ia berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, pada harga berpatutan berbanding banyak jenama lain yang terdapat dalam pasaran, lapor Bernama Online.

Harga barangan disasarkan lebih murah 30 - 50 peratus dari barangan biasa di kedai-kedai lain. Ia tidak menyediakan barangan berjenama kerana barangan berjenama biasanya terpaksa menanggung kos iklan.

Barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung dan lampin pakai buang akan dipek dengan jenama ‘Kedai Rakyat 1Malaysia’. Setakat ini, terdapat 250 barangan telah dijenamakan dengan jenama itu.

“Melalui Kedai Rakyat 1Malaysia ini, saya difahamkan bahawa selain daripada menawarkan barangan keperluan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pasar raya lain, ia turut menjadi ejen pemangkin untuk pembangunan industri kecil tempatan menerusi penyumberan bekalan daripada perusahaan kecil dan sederhana dalam negara,” kata Perdana Menteri.

Menurut Najib Kedai Rakyat 1Malaysia ini memberi manfaat besar kepada pembekal tempatan.

[Malaysian Insider , Utusan Malaysia]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.